Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Peronda...

JELI : Polis menafikan dakwaan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta peronda dalam kemalangan membabitkan...

Bashah Tekad BN Kedah...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md....

TH Nafi Agih Kuota...

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu...

Lelaki Maut Terjatuh Dari...

SANDAKAN - Seorang pekerja kantin sekolah di sini maut selepas terjatuh dari tingkat...

Sukan Asia 2018: Taqiyuddin, Afifi Sumbang Gangsa Keenam

SKUAD silat negara menyumbang pingat gangsa keenam Malaysia selepas pasangan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Muhamad Afifi Nordin mengutip 560 mata menerusi acara ganda putra dalam Sukan Asia Indonesia di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah, hari ini.

Sedikit aksi kurang kemas yang dipamer Taqiyuddin dan Afifi menyaksikan mereka hanya dibezakan dua mata dengan pemenang pingat perak, Tran Duc Danh dan Hong Quan Le dari Vietnam, yang meraih 562 mata.

Bagaimanapun, dua pesilat negara itu tetap perlu diberi pujian kerana memulakan rentak cemerlang bagi kem silat dalam saingan hari ini.

Emas menjadi milik gandingan tuan rumah, Yola Primadona Jampil dan Hendy, selepas mereka meraih mata tertinggi, 580 mata. – Astro Awani.com

Kategori