Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perubahan Tempat Duduk Ahli...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang bermula hari ini menyaksikan...

Jurucakap Osama Mungkin Di...

NEW YORK- Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengumumkan hukuman ke atas menantu Osama...

Perlis Fatwakan Pencemaran Alam...

KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa perbuatan mencemarkan alam sekitar dan...

Suami Isteri Potong Kaki...

SEPASANG suami isteri telah didenda selepas didapati bersalah kerana melakukan kekejaman terhadap kucing...

Sukan Asia: Regu Negara Hampiri Kilauan Emas

PALEMBANG – Skuad sepak takraw negara hanya selangkah lagi untuk mencapai kilauan pingat emas selepas mudah menumpaskan Singapura 2-0 pada aksi separuh akhir acara antara regu temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring di sini, barisan anak buah Abdul Talib Ahmad menepati ramalan untuk menang set pertama 21-8.

Percaturan Ketua Jurulatih Abdul Talib Ahmad yang tidak menurunkan tekong utama Mohammad Syahir Mohd Rosdi, sebaliknya bergantung kepada tekong simpanan Muhammad Zulkifli Abd Razak jelas tepat apabila regu negara turut memenangi set kedua dengan catatan mata 21-8.

Pada aksi final esok, regu negara bakal berdepan sama ada pasukan tuan rumah Indonesia atau Korea Selatan yang sedang beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang dilangsungkan serentak.

Sementara itu, Abdul Talib memuji pemainnya dan menyifatkan kejayaan mereka sehingga berjaya melangkah ke final itu adalah hasil daripada usaha dan kerjasama sepasukan.

“Saya melihat pemain kita saling membantu, maknanya sekiranya Muhammad Syahir tidak memjadi permainannya, maka Muhammad Zulkifli ada sebagai ‘back up’.

“Sama juga macam posisi perejam iaitu Mohammad Azlan Alias dan Muhammad Norhaffizi Abd Razak yang sentiasa bantu-membantu antara satu dengan yang lain,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.


Dalam pada itu, Abdul Talib juga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan pasukan mana yang akan bertemu skuad negara pada aksi final esok.

“Kita sudah ada strategi namun saya akan tengok dahulu siapa lawan kita di final dan selepas itu saya akan lihat kesesuaian siapa yang bakal diturun esok,” katanya.

Acara itu menjadi sasaran kontinjen Malaysia untuk menuai emas seterusnya bagi mencapai sasaran kutipan tujuh pingat emas seperti yang dilaungkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman sebelum ini. – BERNAMA

Kategori