Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kilang Pakaian Bangladesh...

DHAKA - Pengeluar pakaian di Bangladesh bersetuju menaikkan gaji pekerja, kata Menteri Perdagangan...

Doktor Luah Kecewa Dihina...

DALAM satu posting di akaun Facebook miliknya, seorang doktor muda berbangsa India menceritakan bagaimana beliau...

Kualiti Udara Bertambah Baik...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negeri di Malaysia dilihat bertambah baik...

Banjir: ATM Buka Hospital...

PASIR MAS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka sebuah hospital barisan hadapan bagi...

Sukan Asia: Trio Boling Wanita Hadiah Emas Sulung

PINGAT emas pertama Malaysia dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang disumbangkan Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dalam acara boling trio wanita, hari ini.

Trio itu menamatkan kemarau emas 24 tahun dalam acara itu selepas mencatatkan 4,326 jatuhan pin di Pusat Boling Jakabaring.

Satu lagi trio negara yang terdiri daripada Sin Li Jane, Natasha Mohamed Roslan dan Shalin Zulkifli menamatkan saingan di tempat keempat selepas mencatatkan 4,144 jatuhan pin.

Pingat perak dan gangsa pula masing-masing menjadi milik trio Pan Yu Fen, Chou Chia Chen dan Tsai Hsin Yi dari Taiwan (4,255) dan Yeo Ruo Qi Joey, Tan Daphne Shi Jing, Lim Bernice Hui Ying dari Singapura (4,250) .

Terdahulu dalam blok pertama pagi tadi, trio Esther, Siti Safiyah Amirah dan Syaidatul Afifah menduduki tempat pertama dengan 2,184 jatuhan pin, diikuti trio Li Jane, Natasha dan Shalin di tempat kedua dengan 2,151 jatuhan pin.

Kejayaan tunggal Malaysia menerusi acara trio wanita adalah pada edisi 1994 di Hiroshima, Jepun manakala pingat perak dalam edisi 2002 di Busan, Korea Selatan dan 2006 di Doha, Qatar.

“Kami amat gembira dan kami berjuang tinggi. Lagipun pemarkahannya juga berubah.

“Semua orang boleh menang.

“Kami tidak terlepas daripada berasa gemuruh tetapi kami terus bersatu serta saling menyalurkan maklumat.

“Jadi, itulah punca kekuatan.


“Dah lama kami menunggu dan akhirnya dapat membawa balik pingat emas,” kata Siti Safiyah.

Esther yang pernah memenangi emas dalam Sukan Asia lega dengan ketenangan rakan sepasukannya untuk mencipta ketenangan.

“Saya lega apabila kami berjaya menyesuaikan diri dengan lorong untuk membuat balingan yang baik,” kata Esther.

“Saya lega kami meraih emas kerana kami menyasarkan satu. Kini, kami sudah boleh mengharapkan lebih banyak emas akan menyusul.

“Terima kasih kepada pemain yang berhempas pulas memandangkan catatan markah sangat sengit antara Singapura, Taiwan dan kami.

“Mujur kami sudah bersedia untuk menghadapinya,” kata ketua jurulatih Malaysia, Holloway Cheah. – Bernama

Kategori