Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Jenazah Kekanda Yang Di-Pertuan...

ALOR SETAR - Jenazah Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, kekanda Yang di-Pertuan Agong...

Qari Kelantan, Qariah Perak...

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari...

Kerajaan Setuju Teliti Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meneliti semula Dasar Perumahan Negara terutama berkaitan aspek...

Jenama Beras Yang Boleh...

Gara-gara 'packaging' satu jenama beras mengunakan gambar anak dara Melayu manis berbaju kurung,...

Sultan Nazrin Rasmi Kem Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu

PENGKALAN HULU – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kem Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu di Padang Tamat di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Aziz Jamman, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Pengerusi Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan serta menyaksikan persembahan lagenda perang senoi praaq atau orang perang.

Seterusnya bacaan doa diikuti dengan pantomin pengorbanan senoi praaq serta lafaz perasmian dan menandatangani plak perasmian oleh Sultan Nazrin.

Sementara itu, ketika berucap Mohamad Fuzi berkata lokasi pentadbiran Batalion 18 PGA yang pertama adalah di Lot 2265 Pengkalan Hulu, yang dibina pada 1950 dan beroperasi sepenuhnya pada 1968.

Katanya bagi memastikan lagi khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditingkatkan serta menjaga aspek kebajikan warga Batalion 18 PGA, maka pembinaan kompleks yang lebih kondusif dan selesa telah dilaksanakan pada 1 Nov 2003.


“Kompleks ini yang berkeluasan 73 hektar dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk warga kerjanya dengan kos pembinaan RM230 juta dan siap sepenuhnya serta mula beroperasi pada 2010,” katanya.

Katanya Batalion 18 PGA dibarisi kekuatan 421 pegawai polis dan pegawai awam daripada Orang Asli dari 10 suku kaum, yang diketuai Pegawai Pemerintah berpangkat Superintenden Polis.

Batalion 18 ditugaskan di tiga negeri iaitu Perak, Kedah dan Perlis secara berkala, bagi mengendalikan OP Wawasan Kedah dan Perlis, Kawalan Keselamatan di kompleks sempadan serta terlibat dalam operasi besar antaranya OP Taring (ESSZONE) di Sabah. – BERNAMA

Kategori