Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Miliki 130 Isteri...

MOHAMMED Bello Abubakar yang berusia 93 tahun dan menjadi idola lelaki (bukan semua)...

Cristiano Ronaldo Dinobat Pemain...

BINTANG kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo dinobatkan pemain terbaik Eropah oleh Persekutuan Bola Sepak...

Padah…Pemuda Maut Mengintai Bini...

Gara-gara berang melihat seorang lelaki yang sedang mengintai isterinya, seorang suami berserta rakan-rakannya...

Mahkamah Khas Kumpulan Militan...

KUALA LUMPUR - Kewujudan mahkamah khas untuk membicarakan kes dan individu yang terlibat...

Surat CIA: Armada Buat Laporan Polis Terhadap Hasanah

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid susulan surat yang diutusnya kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat pada 4 Mei lepas.

Ketua Biro Integriti Armada Nasional, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata pihaknya memandang serius perbuatan Hasanah kerana surat itu mengandungi unsur hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

”Tindakan meminta campur tangan kuasa asing secara terang-terangan atau subversif oleh mana-mana pihak supaya terlibat menentukan urusan politik negara ini merupakan pengkhianatan kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Susulan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat isu berkenaan dengan adil dan tegas serta mengambil tindakan sewajarnya.

Surat bertarikh 4 Mei itu dialamatkan kepada Pengarah CIA Gina Haspel, antara lain, dikatakan meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas walaupun dengan majoriti mudah atau hanya dengan kelebihan satu kerusi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • CIA

Kategori