Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

13 Warga Myanmar, Pemandu...

BANGKOK - Tiga belas pekerja migran warga Myanmar dan seorang pemandu van warga...

Media Indonesia Jangan Berat...

JAKARTA (Bernama) -- Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta...

Peperiksaan SPM 2017 Bermula...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 443, 883 calon di seluruh negara memulakan peperiksaan Sijil...

Singapura Rombak Kabinet, Beri...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan akan melakukan...

Surat CIA: Polis Hampir Selesai Siasatan – KPN

KUALA LUMPUR — Siasatan laporan polis yang dibuat bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid berhubung dakwaan beliau menghantar surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat pada 4 Mei lepas, hampir selesai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Ia akan diserahkan dalam masa terdekat manakala mengenai suspek yang terlibat menyebarkan maklumat sulit itu saya enggan mendedahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri seminar mengenai hak asasi manusia dan kepolisan moden di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras, di sini.

Selasa lepas, Hasanah membuat laporan di Balai Polis Travers berhubung dakwaan beliau menghantar surat kepada CIA.

Surat bertarikh 4 Mei itu dialamatkan kepada Pengarah CIA Gina Haspel, antara lain, dikatakan meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas walaupun dengan majoriti mudah atau hanya dengan kelebihan satu kerusi. – BERNAMA

Kategori