Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gangguan Sistem KLIA, 8...

SEPANG - Polis telah mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan kes gangguan rangkaian...

Batal SSA Bandar Malaysia...

PUTRAJAYA - Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) projek pembangunan Bandar Malaysia adalah keputusan...

Anggota UMNO Perlu Hindari...

SIK - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihatkan anggota-anggota parti...

Lokman Noor Adam Ditahan...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam...

Syakila Bangga Diberi Peluang Bawa Jalur Gemilang

PUTRAJAYA – Diberi penghargaan sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Asia Jakarta – Palembang 2018 di Indonesia-Palembang, atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan mengangapnya sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

Biarpun ia bakal memberikan tekanan, namun Syakilla yang juga pemenang pingat emas empat tahun lalu dalam acara kumite kategori bawah 61 kilogram di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik.

Bagaimanapun, cabaran di Indonesia kali ini sedikit berbeza apabila dia perlu beralih kategori dan akan beraksi dalam acara kumite bawah 55kg.

Katanya, pertukaran kategori itu terpaksa dilakukan untuk mengejar mata kelayakan ke temasya Olimpik Tokyo 2020 nanti.

“Isu berat badan bukan satu masalah lagi. Saya sudah dapat berat yang ideal biarpun sebelum ini adalah masalah sedikit.

“Saya akan cuba pertahankan emas yang dimenangi empat tahun lalu walaupun cabaran tahun ini lebih sukar kerana semua atlet membuat persediaan untuk ke Olimpik.


“Jadi saya kena bersedia dari mula hingga penamat,” katanya yang memaklumkan bahawa urusan diet untuk mendapatkan berat yang ideal dibantu oleh Institut Sukan Negara (ISN).

Mengulas mengenai persediaan terakhir, Syakillla berkata dia akan menjalani latihan bersama atlet Latvia, Ukraine dan Estonia sebagai persediaan terakhir sebelum ke Sukan Asia.

Empat tahun lalu, Syakilla menyumbangkan emas selepas menewaskan atlet Uzbekistan, Barno Mirzarva, manakala pingat gangsa diraih China, Yin Xiaoyan dan Fatemeh Chalaki dari Iran. – BH Online

Kategori