Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Menteri KPKT, REHDA Diarah...

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Persatuan Pemaju Hartanah dan...

MIC Ubah Cara Berpolitik,...

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh...

Surat Layang Cuba Pecah...

BERA - Penyebaran surat layang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Jualan Apple Watch Jatuh...

KEPELBAGAIAN fungsi dan teknologi yang digunakan pada Apple Watch dikatakan bakal mengubah landskap...

Tabung Haji Henti Urus Visa Furada Tahun Ini

BERMULA tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak lagi dibenarkan untuk menguruskan jemaah haji yang menggunakan visa Furada (persendirian).

Menurut Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Awam TH, peraturan ini telah dikuatkuasakan serta-merta oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, bakal jemaah haji yang menerima visa Furada bebas untuk memilih syarikat pelancongan bagi urusan haji di Tanah Suci, namun terdapat juga bakal haji visa Furada yang memohon untuk mengerjakan haji dengan TH,” menurut kenyataan itu.

Selain peruntukan untuk 30,200 jemaah haji Malaysia, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia juga memberikan visa Furada dalam kes tertentu.

“Pada tahun ini, Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi telah menetapkan untuk menempatkan jemaah-jemaah haji yang menggunakan visa Furada dari pelbagai negara di satu penempatan khemah khas yang berasingan daripada penempatan negara asal jemaah tersebut.

“Inisiatif ini diambil oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi menguruskan jemaah haji visa Furada dengan lebih tersusun.”


“Oleh yang demikian, pihak TH akur dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi demi menjamin keselamatan dan keselesaan para jemaah haji sedia ada serta jemaah visa Furada yang datang dari seluruh dunia.”

Dalam masa yang sama, TH menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan tawaran visa Furada dan pakej haji dari individu atau agensi pelancongan yang tidak dilesenkan TH.

TH turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan tawaran-tawaran visa Furada dan pakej haji melalui pihak yang tidak dilesenkan oleh TH.

“TH juga ingin menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana tawaran visa Furada dan pakej haji dari individu atau agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH kerana TH hanya mengawal selia agensi yang terdaftar di bawahnya.” – Mynewshub.tv

Kategori