Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Insentif RM100,000 Kepada Khairul...

IPOH - Kerajaan Perak memberikan insentif RM100,000 kepada Khairul Idham Pawi sebagai mengiktiraf...

Ular Sawa Seberat 15KG...

BEIJING - Pasangan pengantin dari China, Wu Jianfeng dan Jiang Xue menjadi bualan...

Rasuah: Inspektor Polis Mengaku...

KUALA TERENGGANU - Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah...

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA...

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA, Rohayah Mohd Zain hari ini menyatakan pinjaman pelajar...

Tadarus RIA Dekatkan Generasi Muda Dengan Al-Quran

PEMERHATIAN terhadap pelajar Islam di sekitar ibu kota menunjukkan ada yang langsung tidak mengenal huruf hijaiyah, manakala bagi yang mahir membaca al-Quran pula tidak mengamalkannya dalam konteks kehidupan seharian.

Justeru, melihat peri pentingnya pembudayaan al-Quran, Sektor Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan tampil dengan inisiatif dikenali sebagai Tadarus RIA untuk memupuk minat dan membantu pelajar yang kurang mahir membaca al-Quran.

RIA ialah singkatan daripada recitation (pembacaan), implementation (pelaksanaan) dan application (pengaplikasian) yang membawa hasrat murni melahirkan generasi yang tidak hanya mahir dalam bacaan, bahkan mampu memahami makna serta berakhlak mulia seperti termaktub dalam al-Quran.

Projek rintis dimulakan sejak awal tahun lalu membabitkan 60 sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) terpilih di Wilayah Persekutuan.

Antara yang terbabit ialah SMK Setapak Indah (SMKSI) yang berjaya menepati sasaran apabila seluruh warganya, termasuk lebih 900 pelajar Islam dan guru berjaya khatam 30 juzuk al-Quran mengikut masa ditetapkan.

Pengetua SMKSI, Nafisah Hashim, berkata impak pelaksanaan program itu cukup besar dalam mendekatkan warga sekolah khususnya pelajar dengan al-Quran.

“Hasil program Tadarus RIA yang bermula Januari lalu cukup positif apabila kita dapat mengurangkan pelajar yang dahulunya pengetahuan mereka setakat mengenal huruf. Pihak sekolah dapat menapis pelajar yang rupa-rupanya tidak mahir membaca al-Quran supaya dapat dibimbing secara khusus.

“Selain guru, kita turut melantik 84 naqib dan naqibah dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat membantu pelajar lain dengan menyemak bacaan, memperbetul serta mengajar tajwid,” katanya kepada BH selepas Majlis Penutupan Tadarus RIA dan Khatam al-Quran di SMKSI, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamed Nor Salleh.

Nafisah berkata, kejayaan program turut bertitik tolak daripada kerjasama menyeluruh masyarakat, termasuk ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Hadapi pelbagai kekangan

“Sebagai sekolah harian biasa, ini satu kejayaan kerana kita menghadapi pelbagai kekangan, terutama tempoh masa dan jadual persekolahan yang padat.


“Bagaimanapun, perancangan dibuat dengan teliti supaya program ini dapat berjalan dengan lancar dengan cara memasukkannya dalam jadual waktu pembelajaran setiap Khamis dan Jumaat bermula 7.30 hingga 8 pagi, manakala pada Rabu, dibuat sebelum masuk waktu Zuhur dan diakhiri dengan solat berjemaah.

“Kerjasama baik ibu bapa, termasuk yang bukan Islam cukup membantu, bahkan mereka menerima baik rombakan jadual harian pelajar yang balik sedikit lewat supaya jadual kelas dan pembelajaran tetap berjalan seperti biasa,” katanya.

Nafisah berkata, ketika sesi tadarus, pelajar bukan Islam akan dikumpulkan untuk mengikuti pengajian Pendidikan Moral dan melakukan aktiviti kerja kursus di bawah seliaan guru.

Bagi Penyelaras Tadarus RIA, Syahriansyah Apin, Tadarus RIA dapat memberi peluang kepada pelajar mengalami keseronokan membaca al-Quran dengan sesi memahami makna dan berinteraksi dengan al-Quran.

“Pada akhir setiap sesi tadarus, saya akan menghuraikan cerita di sebalik petikan dibaca, apa pengajaran dan isi penting yang boleh dikaitkan dengan kehidupan mereka,” katanya.

Syahriansyah berkata, walaupun selesai khatam al-Quran, program Tadarus RIA akan diteruskan sehingga akhir tahun kerana sekolah itu juga mempunyai ramai pelajar yang boleh menjadi tenaga pengajar.

Sementara itu, Ketua Naqib, Khalis Danial Mohamad Khairil Anuar, 15 tahun, berkata sebagai pembimbing, beliau sangat teruja kerana dapat membantu rakan-rakan yang lemah dalam bacaan al-Quran.

Majlis penutupan Tadarus RIA berlangsung meriah dengan didahului bacaan surah Yasin, ayat al-Quran dan sesi penyerahan cenderamata serta sijil kepada semua naqib dan naqibah, manakala setiap pelajar pula diberikan bunga telur yang dihasilkan kumpulan sokongan ibu bapa SMKSI.

SMKSI ialah antara lima sekolah terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Program Sekolah Transformasi. – BH Online

Kategori