“JIKA berani menyatakan kebenaran dianggap sebagai pekerjaan serong. Tetapi menyatakan pembohongan sering pula disanjung. Itulah dunia kepalsuan politik”….
Sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), semua pihak mahu ulas kegagalanya dengan berbagai bukti. Saya memilih untuk menyimpulkannya dengan tagline “Kerajaan PH: Munafik & Nepotisme”.
Nampak keras tetapi ia lebih wajar daripada guna perkataan kepala bapak dan celaka oleh YB DAP Jelutong, RSN Rayer pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Kenapa munafiq? Ciri munafiq ada tiga. Apabila berjanji dia tidak tunaikan. Apabbila bercakap dia bohong dan apabila diberi amanah (kuasa) dia tidak bertanggung jawab atau khianat.
Tagline itu tepat kerana Kerajaan ini langsung tidak ada perasan insaf, memohon maaf atau kemuka tawaran baru sebagai ganti. Bahkan mereka cari jalan tipu iaitu mengalih isu dan terus mencari salah kerajaan sebelumnya.
Mereka tidak malu pun kepada rakyat bahkan amalan nepotisme dan dinasti semakin meningkat. Terbaharu anak perempuan Lim Kit Siang boleh dilantik menjadi Senator bagi mewakili rakyat Pulau Pinang.
Saya setuju dengan cadangan daripada kawan-kawan supaya selain tagline di atas, gunakan juga war cry terhadap Kerajaan PH iaitu “Tipu Tipu Tipu : Tepuk”. 3X ye.
Mohd Puad Zarkashi.