Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Kurang Ajar! Pakcik...

AMAT kurang ajar...Satu rakaman video memaparkan seorang pakcik dibelasah oleh seorang remaja lelaki...

Felda United Gagal Manfaat...

SHAH ALAM - Pasukan Felda United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri...

Husam Akui Dilema Untuk...

SEGAMAT - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui dirinya kini dalam dilema...

Dua Suspek Rompakan Ditembak...

IPOH - Polis menembak mati dua penjenayah selepas mengejar kereta dinaiki suspek hingga...

Tahan Nelayan Indonesia Tangkap Ikan Di Perairan Negara

LUMUT Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Perak menahan sebuah bot nelayan asing bersama empat warga Indonesia kerana menangkap ikan di perairan Malaysia, kira-kira 50 batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia negeri Perak, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata seorang tekong dan tiga orang awak-awak berumur antara 15 hingga 55 tahun itu ditahan ketika kapal maritim (KM) Marlin menjalankan rondaan dan penguatkuasaan di perairan negeri Perak pada pukul 12.58 tengah hari.

“Ketika diperiksa bot berkenaan sedang melakukan aktiviti merawai di perairan negara.

“Kesemua tekong dan awak-awak tersebut kemudiannya diiringi balik ke pejabat Maritim Malaysia di jeti Kampung Acheh untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Mat berkata kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia. – BERNAMA

Kategori