MANCHESTER United mengulangi pendirian bahawa Paul Pogba tidak dijual dan menegaskan bintang itu tidak meminta kenaikan gaji.
Masa depan Pogba di Old Trafford terjebak dalam keraguan apabila pemain itu memberitahu rakan sepasukan bahawa dia ingin meninggalkan kelab itu, di saat mendapat perhatian dari Barcelona.
Cakap-cakap mengatakan bahawa Pogba dan ejennya, Mino Raiola, yang membawanya kembali ke Manchester United dari Juventus dua tahun lalu, memancing untuk kontrak baharu.
Kontrak tersebut bagi menyamai jumlah tinggi yang diterima pemain Alexis Sanchez.
Bagaimanapun, Manchester United United menafikan Pogba telah meminta kenaikan gaji dia dijangka memperoleh gaji pokok sebanyak ÂŁ9.62 juta musim ini ditambah bonus ÂŁ3.78 juta.
Ia sekali gus menunjukkan bahawa pemain tengah berusia 25 tahun itu tidak akan dijual. – Mail Online UK/mStar Online