KUALA LUMPUR – Seorang murid tahun dua cedera di tengkuk kanan dipercayai akibat dipukul seorang cikgu di sekolahnya.
Menurut sumber, kecederaan itu disedari ibu mangsa ketika mengambil mangsa di rumah neneknya di Kampung Padang, Hulu Langat, petang semalam.
āKetika menjemput mangsa kira-kira jam 4 petang, ibunya terkejut melihat kesan lebam yang teruk di bahagian tengkuk kanan anaknya.
āApabila ditanyakan mengenai kecederaan itu, mangsa berkata dia ditampar seorang gurunya pada Jumaat lalu, malah turut memberitahu nama cikgu terbabit.
āIbunya yang berang terus ke pejabat guru besar dan memaklumkan kejadian berkenaan sebelum hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam,ā katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – BH Online