Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Hidap Penyakit Pelik,...

Mungkin sesetengah individu terutama yang menjaga bentuk badan mengimpikan rasa kenyang agar keinginan...

PRN: Aziz Calon Melayu...

KUCHING - Mungkin akibat marah dengan tindakan kerajaan Sarawak menyekat kemasukan ramai tokoh...

SATS, AirAsia Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - SATS Ltd, peneraju perkhidmatan di lapangan terbang dan penyelesaian makanan...

Akibat Bela Palestin, Model...

PARIS - Wanita berhijab pertama dipilih untuk kempen iklan syampu jenama antarabangsa L’Oreal...

Terima Keputusan Yang Sukar Demi Manfaat Jangka Panjang Negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan rakyat harus bersedia untuk membuat dan menerima keputusan yang sukar bagi manfaat negara pada jangka panjang, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.

Katanya, tiada penyelesaian pantas terhadap masalah yang dikenal pasti oleh CEP dan banyak cabaran menunggu di hadapan

Daim hari ini mengumumkan bahawa CEP sudah melengkapkan mandatnya dan laporan mengandungi cadangan oleh majlis berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, sekembalinya beliau dari China.

Tiga elemen utama membentuk cadangan oleh majlis berkenaan dan ia berkisar di sekitar keperluan untuk memperbaiki tadbir urus, kesejahteraan rakyat dan keperluan untuk memastikan ekonomi adalah inklusif dan mampan, kata Daim pada sidang media di sini, hari ini, selepas melengkapkan mandat 100 hari majlis berkenaan pada Ahad.

CEP ditubuhkan oleh Perdana Menteri pada 12 Mei dengan objektif memberikan Dr Mahathir nasihat terhadap perkara membabitkan sosio-ekonomi dan kewangan. – BERNAMA

Kategori