Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Neelofa Sambut Baik Teguran...

SELEBRITI dan ahli perniagaan berjaya Noor Nelofa Mohd. Noor mengucapkan terima kasih kepada...

Nur Jazlan Dilantik Ahli...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed...

Kes Denggi Minggu Ke-11...

KUALA LUMPUR - Kes demam denggi di seluruh negara untuk tempoh dari 13...

Tenaga Boleh Diperbaharu Dapat...

KOTA KINABALU - Sabah melihat pengeluaran tenaga boleh diperbaharu (RE) sebagai cara lestari...

TH Hantar Petugas Ke Arafah Lebih Awal Tahun Ini

ARAFAH – Jawatankuasa Induk Persiapan Masyair Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1439H hari ini memutuskan untuk menempatkan kumpulan awal petugas haji TH di Arafah pada 7 Zulhijjah 1439H (18 Ogos, 2018), sehari lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat berikutan pergerakan jemaah haji yang diawalkan pada tahun ini berbanding tahun lepas.

“Pada tahun ini, jemaah haji akan mula bergerak ke Arafah secara berperingkat pada 7 pagi 9 Zulhijjah (19 Ogos, 2018), berbanding jam 11 pagi pada tahun-tahun sebelumnya. Kita jangkakan bas terakhir yang membawa jemaah akan tiba kira-kira selepas waktu Isyak.

“Pergerakan jemaah haji diawalkan pada tahun ini bagi melancarkan lagi perjalanan dan memberi jemaah lebih masa untuk beribadat di Arafah. Pemasangan pendingin hawa yang baharu akan dapat memberi keselesaan kepada jemaah untuk berada di sini,” katanya kepada media selepas sesi melawat persiapan akhir masyair di sini hari ini.

Katanya kumpulan awal yang akan ke Arafah ini terdiri daripada kira-kira 150 Petugas Haji TH merangkumi rombongan kebajikan dan rombongan perubatan yang akan bersiap sedia untuk menyambut ketibaan jemaah pada 9 Zulhijjah.

“Itulah pengorbanan dan kesungguhan yang kita tunjukkan dalam usaha untuk menyantuni Dhuyufurrahman (tetamu Allah). Saya berharap agar semua sektor dan maktab bersiap sedia dan menumpukan perhatian kerana ia (tarikh berangkat) hanya tinggal beberapa hari sahaja,” katanya.

Bagi pergerakan jemaah dari Makkah ke Arafah tahun ini, Syed Saleh berkata setiap maktab akan dibekalkan 22 buah bas yang akan menghantar jemaah sebanyak tiga pusingan bermula kira- kira 7 pagi 8 Zulhijjah.

Setibanya jemaah di Arafah, beliau berkata pihak TH akan menyediakan beberapa program berbentuk ibadah kepada mereka, termasuk bacaan khutbah Arafah yang akan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

“Jemaah kemudian akan dianjurkan untuk menaiki bas dan bergerak ke Muzdalifah bermula selepas waktu Maghrib dan menikmati makan malam. Jemaah akan berada di sana sehingga separuh malam dan pada tahun ini, separuh malam bermula pada kira-kira 11.55 malam (waktu tempatan).


“Selepas itu, jemaah Malaysia akan mula bergerak dari Muzdalifah ke Mina (untuk melontar jamrah). Kita harapkan pergerakan dari Arafah ke Mina ini akan selesai sepenuhnya sebelum 12 tengah malam,” katanya.

Bagi pergerakan dari Muzdalifah pula, Syed Saleh menjangkakan kesemua jemaah haji Malaysia akan selamat tiba di Mina pukul 7 pagi pada 10 Zulhijjah.

Pada tahun ini juga, beliau berkata pihak TH telah mendapat jadual waktu melontar yang lebih sesuai untuk jemaah haji Malaysia hasil rundingan bersama Kementerian Haji Arab Saudi, iaitu di antara waktu petang sehingga malam.

“Cuacanya (antara petang ke malam) adalah kurang panas dan ia bersesuaian dengan waktu-waktu solat dan waktu makan jemaah haji kita. Kebiasaannya bagi tahun-tahun sebelum ini, jadual waktu melontar bagi jemaah Malaysia adalah sekitar waktu pagi dan tengah hari,” katanya.

Pada sesi lawatan tersebut, petugas-petugas TH turut mengambil kesempatan melaksanakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon keberkatan dan kemudahan semasa operasi masyair kelak. – BERNAMA

Kategori