KUALA LUMPUR – TH Plantations Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Zukri Samat sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.
Zukri kini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), menurut kenyataan TH Plantations kepada Bursa Malaysia.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan sebelum ini antaranya Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd dan Pengarah Urusan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. – BERNAMA