Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Terbakar Kereta Angkara...

SEBUAH video rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Michigan, Amerika...

PRK Port Dickson: UMNO...

KUALA LUMPUR - UMNO tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Port...

Kabinet Benar Industri Perladangan...

KUALA LUMPUR - Kabinet telah memberi kelulusan kepada industri perladangan untuk meneruskan operasi...

Kelonggaran Dasar Migrasi Dapat...

KUALA LUMPUR – Langkah melonggarkan dasar-dasar migrasi dapat mempertingkatkan kebajikan pekerja serta memacu...

Tiada Cadangan Batalkan Cukai Pelancongan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak bercadang untuk membatalkan cukai pelancongan yang dikenakan kepada pelancong asing sejak 1 Sept tahun lalu.

Timbalan Menterinya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata berdasarkan penilaian yang dibuat, cukai tersebut yang turut dilaksanakan di negara seperti Amerika Syarikat, Belanda, Itali, Singapura dan Indonesia, terbukti memberi impak positif dalam tempoh jangka panjang.

“Cukai pelancongan yang diperkenalkan pada 1 Sept tahun lalu di bawah peruntukan Akta Cukai Pelancongan 2017 hanya dikenakan kepada pelancong asing sahaja, oleh itu ia tidak membebankan rakyat negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) sama ada kerajaan mahu mengkaji semula atau membatalkan cukai tersebut.

Muhammad Bakhtiar berkata kadar cukai yang dikenakan untuk setiap bilik bagi satu malam ialah RM10 atau bersamaan dengan USD2.50 atau Euro2.10.


“Ia kadar minimum dan tidak membebankan pelancong asing. Setakat ini tidak ada rungutan diterima daripada pelancong asing,” katanya.

Katanya berdasarkan angka yang diberikan pihak Kastam, sebanyak RM146 juta telah dikutip sehingga Jun lalu.

Katanya hasil kutipan tersebut digunakan untuk promosi dan pemasaran sektor pelancongan negara dengan lebih agresif, menyelenggara infrastruktur pelancongan dan memperkasa aktiviti seni, kebudayaan dan pelancongan di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori