Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Upacara Persemadian DiRaja Thai...

Oleh: Mohd Haikal Mohd Isa BANGKOK – Selama lima hari bermula 25 Oktober ini,...

Warga Uganda Dipenjara 6...

KUALA LUMPUR - Akibat menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga...

Teknologi Bantu Atasi Kebergantungan...

KUALA SELANGOR - Pemain industri dalam sektor pembinaan dan pertukangan disaran mengoptimumkan penggunaan...

Geng Curi Motosikal Tumpas,...

JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan "Geng Adela" yang aktif mencuri motosikal di sekitar...

Tiada Halangan Pakaian Pramugari Ikut Syariah

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan boleh menetapkan pakaian pramugari yang menepati kehendak syariah Islam selagi ia mematuhi kriteria yang ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata antara keperluan bagi memperoleh sijil keselamatan ialah pakaian seragam yang dipakai oleh pramugara dan pramugari boleh menjalankan tugas-tugas keselamatan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Syarikat penerbangan bebas memilih pakaian seragam asalkan ia mampu menjalankan tugas semasa pengungsian kecemasan (emergency evacuation) dalam tempoh yang ditetapkan oleh CAAM dan International Civil Aviation Organization (ICAO).

“Keputusan komersial syarikat penerbangan itu berdasarkan kesesuaian dan imej korporat masing-masing,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang ingin tahu mengenai pakaian pramugari MAS yang sesuai dengan imej Malaysia yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi serta aspek pelanggaran syariah yang dikenal pasti. – BERNAMA

Kategori