Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

BN Kekal Pertahan Kerusi...

MENANG... Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor disahkan menang 'bergaya' dengan raih undi...

Kastam Sabah Sasar Kutip...

KOTA KINABALU - Kastam Sabah menyasarkan kutipan cukai berjumlah RM1.2 bilion di bawah...

DAP Yang Sepatutnya Minta...

KUALA LUMPUR - DAP tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain disebabkan keberanian PAS meneruskan...

“Jangan Tunduk Desakan Islam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak tunduk pada...

Tiada Kabinet Bayangan – Zahid

KUALA LUMPUR – Pembangkang tidak akan membuat ‘Kabinet Bayangan’, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya beliau berkata, ahli-ahli Parlimen akan diperuntukkan portfolio bagi memberi tumpuan kepada perkara yang khusus untuk dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

“Kita telah membuat senarai ahli Parlimen pembangkang di bawah Barisan Nasional dan PAS untuk menumpukan portfolio tertentu.

“Kita telah berikan senarai ini kepada ahli-ahli Parlimen. Apa yang kita lihat, perbahasan akan lebih baik dengan ahli-ahli Parlimen yang dipilih mempunyai pengetahuan terhadap topik-topik yang khusus.

“Bagaimanapun, mereka bebas untuk menyentuh isu-isu lain, kerana kita telah berjanji untuk menjadi pembangkang yang konstruktif,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.


Ditanya mengapa tidak diadakan Kabinet Bayangan, Ahmad Zahid berkata, tiada keperluan mengenainya.

“Ia akan menjadi Kabinet angan-angan,” katanya. – Mstar

Kategori