Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pulak Dah… Guna Pantyliner...

KALAU nak berniaga, ayat mestilah power barulah pelanggan akan percaya dan datang berpusu-pusu. Namun,...

Kempen DAP Berbaur Perkauman...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa Pakatan Harapan tewas dalam Pilihan...

Terlalu Awal Ulas Isu...

IPOH - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri...

Pengundi Hantu Tidak Wujud,...

KUALA LUMPUR - Istilah pengundi hantu sebenarnya tidak wujud dan hanya satu propaganda...

Tiada Perubahan Dasar Terhadap China – Dr Mahathir

BEIJING – Tidak akan berlaku sebarang perubahan dasar terhadap China di bawah kerajaan Malaysia yang baharu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir memberikan jaminan itu semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di sini, hari ini.

“Kami berada di sini untuk memberi jaminan kepada kerajaan China dan rakyatnya bahawa tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam dasar,” kata perdana menteri.

Dr Mahathir kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari di China.

Dr Mahathir menegaskan dasar Malaysia terhadap China akan diteruskan.

Beliau turut mengambil peluang itu untuk menyatakan Malaysia mengambil pendirian mesra terhadap negara-negara lain yang mesra.

Perdana menteri juga berkata China telah sejak sekian lama menjadi rakan dagangan Malaysia.


Dr Mahathir memberitahu Xi yang beliau kagum dengan tahap pembangunan dicapai China, ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.

“Kami melihat China sebagai model pembangunan,” katanya.

Lawatan Dr Mahathir di China berakhir esok.- BERNAMA

Kategori