Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

Isu Data Penumpang Bocor:...

PUTRAJAYA : Dua pasukan penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital telah pun melakukan ‘serbuan’...

Drama Azmin Bela Anwar,...

ADA yang tersenyum sinis apabila mendengar khabar seolah-olah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri...

Buka Peluang Wanita Ceburi...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di...

Video: Quadracopter Mampu Mengikut...

Kebiasaannya drone memerlukan pemandu yang akan mengawal drone itu dari jauh. Sekarang ianya...

Tiada Saksi Berani Tampil Walaupun Tawar RM120,000

SANDAKAN – Jabatan Hidupan Liar Sabah sukar menangkap pihak atau individu yang terlibat membunuh gajah disebabkan tiada saksi berani tampil meskipun ditawarkan ganjaran RM120,000.

Pengarahnya Augustine Tuuga berkata ganjaran yang ditawarkan itu adalah bagi maklumat yang boleh dijadikan bukti langsung yang boleh diterima di mahkamah.

Katanya, pihaknya sememang ingin mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat membunuh gajah di negeri ini.

Maklumat daripada saksi amat diperlukan untuk menangkap pihak yang terlibat membunuh gajah termasuk pemburu dan mereka yang memasang perangkap, katanya dalam kenyataan bagi mengulas insiden pembunuhan gajah di kawasan hutan dan ladang kelapa sawit di negeri ini.

Terbaru, seekor gajah betina berusia antara 12 hingga 15 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di kawasan Ladang Kelapa Sawit Bintang Emas di Tongod pada Sabtu lepas.


Ia merupakan gajah ke 25 ekor yang ditemui mati di kawasan hutan dan ladang kelapa sawit di negeri ini sejak awal tahun ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah Siti Nur’Ain Ampuan Acheh dalam kenyataan malam ini berkata jabatan itu menerima laporan mengenai penemuan gajah itu daripada Pegawai Perhutanan Daerah Tongod. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

Kategori