Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bawa Pulang Piala Suzuki...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pemain skuad Harimau...

Boleh Pasang Khemah Di...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan pemasangan khemah di pekarangan masjid dan surau bagi...

BN Sarawak Lancarkan Manifesto...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini...

2 Warga China Maut...

MIRI – Dua warga China adalah antara tiga individu yang maut dalam kemalangan...

Tiada Sekatan Ke Atas Warga Asing Beli Hartanah

KUALA LUMPUR – Pembelian hartanah oleh warga asing, tanpa mengira kewarganegaraan tidak menjamin secara automatik mendapat status penduduk tetap negara ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata bahawa Malaysia mengenakan syarat-syarat tertentu berhubung pembelian hartanah oleh rakyat asing dan maklumat mengenai syarat-syarat tersebut boleh diperoleh dalam carian umum.

Untuk warga asing yang ingin menjadikan Malaysia sebagai kediaman tetap mereka, ada program yang diperkenalkan oleh kerajaan dikenali Malaysia Rumah Keduaku (MM2H),” kata kenyataan itu.

Malaysia mengalu-alukan semua pelancong termasuk dari China dan tiada sekatan yang dikenakan ke atas pelancong asing selagi mereka memenuhi semua keperluan imigresen yang diperlukan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pelancong dari China diberi visa 30 hari sekali masuk ke Malaysia.


“Pada 2017, Malaysia menarik kira-kira 2.3 juta pelancong dari China dan menyasarkan untuk menarik sehingga 10 juta pelancong pada tahun-tahun mendatang,” kata kenyataan tersebut.

Malaysia mengulangi bahawa ia mengalu-alukan pelaburan langsung asing yang menyumbang kepada pemindahan teknologi, menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan menubuhkan industri, kata kenyataan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PMO

Kategori