Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bayi Maut Dipatuk Ular...

TEMERLOH - Seorang bayi perempuan Orang Asli berusia setahun tiga bulan maut akibat...

Saya Terlalu Rindu Anak...

KUALA LUMPUR - 'Tolong jangan pisahkan saya dengan anak-anak.' Begitu permintaan Mohamad Aizad Rosli...

Menyesal Cerita Sakit Saya...

KEPADA mereka yang tidak mengetahui tentang kondisi kesihatan Elyana, pasti akan anggap dia...

Hubungi TNB Jika Premis...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) jika premis...

Sukan Asia: Tiada Undian Semula Buat Regu Negara

KUALA LUMPUR – Tiada undian semula akan dilakukan untuk skuad sepak takraw negara pada Sukan Asia Indonesia 2018, sebaliknya pasukan kebangsaan akan terus diletakkan dalam Kumpulan A atau Kumpulan B, demikian menurut Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Penolong Setiausaha PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanudin berkata pihaknya menerima satu e-mel daripada Majlis Olimpik Asia (OCA) yang mengesahkan tiada undian semula akan diadakan.

“Kita akan terus dimasukkan sahaja. Tidak ada undian. Kita juga sudah terima e-mel daripada OCA yang mengatakan, tiada undian semula.

“Pengarah Sukan Asia 2018, Haider Farman telah mengadakan mesyuarat bersama INASGOC (Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia) dan kami dimaklumkan beliau memberi arahan supaya Malaysia dimasukkan kembali dalam acara antara regu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata PSM kini hanya menantikan surat rasmi daripada INASGOC berhubung perkara tersebut.

“Hari ini pun saya dimaklumkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan berhubung dengan pihak OCA mengenai perkembangan terkini perkara berkenaan,” katanya.

Sekiranya Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A, barisan anak buah Abdul Talib Ahmad itu akan berdepan laluan getir apabila bakal dicabar tuan rumah Indonesia, Singapura, Filipina dan Pakistan.

Namun jika diletakkan dalam Kumpulan B, Korea Selatan menjadi pencabar utama di samping China, India dan Nepal.


Sebelum ini, Malaysia tidak tersenarai dalam acara regu lelaki yang menjadi sandaran emas negara pada Sukan Asia yang dijadual berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Pada majlis undian oleh INASGOC di Jakarta, bulan lepas, skuad sepak takraw lelaki negara didakwa hanya menghantar pengesahan untuk menyertai acara regu berpasukan dan beregu berpasukan.

PSM menyasarkan satu pingat emas pada edisi kali ini dalam saingan regu bagi menamatkan kemarau pingat emas yang kali terakhir diraih pada edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

Lima belas pemain berada dalam senarai PSM untuk membawa cabaran negara bagi saingan kategori lelaki pada temasya sukan itu. – BERNAMA

Kategori