Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Datuk Vida Dapat Tawaran...

SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti yang cukup popular dengan tagline 'Qu Puteh..Qu...

Covid-19: 6,000 Maut Dalam...

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 6,000 kes dalam...

Suci Harumatiques Sasar Tembusi Pasaran...

LANZHOU - Suci Harumatiques Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Bumiputera, merancang untuk menembusi...

Foto: Syoknya..Siti Nurhaliza &...

IBARAT syurga dunia, itu luahan para pelancong yang pernah ke pulau impian, Maldives...

Tiga Maut Kereta Bertembung Lori Pasir

JOHOR BAHRU – Tiga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pasir di KM5 Jalan Sungai Sayong-Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ashmon Bajah berkata mereka yang maut, seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 66 dan 82 tahun, adalah penumpang kereta terbabit.

Pemandu kereta, seorang pemuda 18 tahun, cedera parah.

“Tiga daripada mangsa berasal dari Taman Sinaran, Johor Bahru manakala seorang lagi dari Kampung Melayu, Yong Peng,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ahsmon, kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai berlaku akibat kecuaian pemandu kereta tersebut yang memasuki laluan lori, menyebabkannya tidak sempat membrek lalu merempuh kenderaan berkenaan.


Akibat rempuhan itu, tiga daripada penumpangnya mati di tempat kejadian manakala pemandunya cedera parah di paru-paru dan kini dirawat di Hospital Kulai, sementara pemandu lori terselamat. – BERNAMA

Kategori