Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRK Cameron Highlands Pada...

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands akan diadakan pada 26...

Jaga-Jaga! Dirakam Kamera ‘Penyangkut...

MELIHAT pada bentuknya, pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah penyangkut baju biasa yang...

Jangan Salahkan Proton Harga...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyokong rancangan...

Annuar Sindir TMJ, Nafi...

POLEMIK 'perang mulut' antara Tan Sri Annuar Musa dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ),...

Tindakan Terhadap Warga Asing Borong Hasil Petani

KENINGAU – Warga asing yang melanggar undang-undang kerana menjalankan perniagaan memborong hasil pertanian pekebun di ladang akan diambil tindakan, kata Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman.

Justeru, beliau menggesa jabatan pertanian di kawasan itu supaya bertindak menghentikan aktiviti itu serta-merta.

“…dan jabatan (pertanian kawasan) sepatutnya menyedari aktiviti tidak sihat itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Yusop mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong baru-baru ini yang melahirkan kebimbangan mengenai rungutan Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Pedalaman Sabah (PEKEBUN) mengenai penglibatan warga asing dalam urus niaga itu.

Junz dalam kenyataannya itu berkata beliau akan menyiasat rungutan persatuan itu serta meminta semua petani dan pekebun berhenti membekalkan hasil pertanian kepada pemborong warga asing yang menjalankan perniagaan secara tidak sah.

Menurut Yusop pejabatnya akan mendaftarkan semua peniaga yang terlibat dalam aktiviti memborong hasil pertanian bagi memastikan hanya warganegra Malaysia yang memiliki lesen perniagaan sahaja menjalankan aktiviti itu.


Sementara itu Majlis Daerah Keningau (MDK) sudah memutuskan menjadikan kawasan lapang Tamu Ground Keningau (TGK) sebagai lokasi pusat aktiviti pemborong dan pengambilan sayur-sayuran oleh penjaja pasar malam.

Pegawai Eksekutif MDK Mohd Rafik Jubar melalui surat pekeliling kepada Persatuan Usahawan Orang Asal Sabah (PUOS) memaklumkan bahawa masa memborong bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Katanya, kesemua pemborong sayur-sayuran perlu mendaftarkan diri di MDK dengan menghantar salinan dokumen pengenalan diri (MyKad) dan sekeping gambar berukuran pasport. – BERNAMA

Kategori