Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lady Gaga, Black Panther...

LOS ANGELES - Lady Gaga, runut bunyi ‘Black Panther' dan penyanyi lagu rakyat,...

Laluan Ke Pos Yum...

SUNGAI SIPUT - Laluan A300, Jalan Utama Pos Beswok yang menghubungkan masyarakat orang...

Pembantu Chef Didakwa Pukul...

PETALING JAYA - Seorang pembantu chef didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari...

“Cerita PBB Keluar BN...

SAH... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan mengenai Parti Pesaka Bumiputera...

TNB Diharap Pertimbang Ceburi Telekomunikasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan berharap Tenaga Nasional Berhad (TNB) dapat mempertimbang cadangan untuk menceburi bidang telekomunikasi sebagai penyedia infrastruktur jalur lebar, seterusnya mewujudkan persaingan yang akan memberi manfaat kepada pengguna.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan gergasi utiliti itu bagi berbincang mengenai peranan yang boleh dimainkan syarikat berkenaan.

“Mereka, pada saya boleh gunakan infrastruktur sedia ada ‘in term of fiber that already laid in the country’,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin tahu pendirian kementerian berhubung TNB sebagai pesaing pembekal jalur lebar untuk pecahkan monopoli Telekom Malaysia Bhd (TM).

TNB dan TM pada 16 Jan lepas telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan bersama cadangan terperinci Pelan Fiber Seluruh Negara, sebelum ia ditamatkan TM pada 23 Julai lepas.


Beliau berkata penamatan MoU itu membolehkan mereka yang terlibat bersaing dalam bidang telekomunikasi kerana masing-masing mempunyai ‘kekuatan’ tersendiri.

“Sebaliknya, kalau ada MoU antara TM dan TNB, perkara yang akan berlaku ialah satu gergasi monopoli. Ini adalah masalah bagi saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori