Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

AKPK, PR1MA Sambut Baik...

KUALA LUMPUR - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Perbadanan PR1MA Malaysia...

PKR, DAP Tolak Lajim...

PKR membantah keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed...

Peniaga Terpedaya Cabutan Bertuah...

KUANTAN - Seorang peniaga wanita kerugian RM9,100 selepas terpedaya dengan hadiah cabutan bertuah...

Josiah Hogan Biasa Berdepan...

PELAKON Josiah Hogan atau nama Islamnya Mohamad Musleh, 30, mengaku sering berhadapan dengan...

TNB Terus Komited Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited memberi bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan melalui dermasiswa ‘My Brighter Future’.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, dermasiswa yang merupakan pertama kali diperkenalkan ini adalah untuk membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.

“Seramai 1,000 orang yang layak melanjutkan pelajaran akan ditaja pada tahun ini yang melibatkan anggaran peruntukan sebanyak 10 juta.

“Ia melibatkan penuntut yang menyambung pelajaran di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dermasiswa tersebut ditawarkan kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. – UTUSAN ONLINE

Kategori