KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Maju (MEX) akan menikmati laluan tol percuma pada 31 Ogos ini, bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.
Pengendali lebuh raya Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) dalam satu kenyataan hari ini, berkata laluan tol percuma itu adalah untuk semua kelas kenderaan bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari berkenaan.
“Laluan tol percuma ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 110,000 warga kota yang ingin menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2018,” demikian menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai tol percuma dan laporan trafik menerusi Twitter di MEXTraffic, Facebook – MEX Traffic atau di Hotline MEX di 03-83159111.
Sambutan Hari Kebangsaan 2018 yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ akan berlangsung di Putrajaya. – BERNAMA