Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Ditahan Kerana...

Ampang Jaya : Pasangan suami isteri warga asing ditahan polis di Taman Putra...

Lara Oh Lara Program...

ANAK pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana mencipta sejarah...

Lelaki Ini Buat Laporan...

Laporan polis yang dibuat sekarang ini bukan sahaja melibatkan kejadian jenayah, kehilangan dokumen...

India Minta Bantuan Malaysia...

NEW DELHI - India meminta bantuan Malaysia untuk memerangi keganasan berikutan peningkatan ancaman...

Transgender Jangan Guna Tandas OKU! – Ras Adiba

PERSONALITI televisyen Ras Adiba Radzi membantah saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang membenarkan komuniti transgender menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dia yang juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral menegaskan kemudahan tersebut disediakan khas untuk golongan yang tidak berupaya.

“Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan bantahan kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.

“Maaf kami sebulat suara tidak setuju. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?” ujarnya di Instagram.

Pada Isnin lalu, Fuziah Salleh menyarankan komuniti transgender agar menggunakan tandas yang dikhaskan untuk OKU buat sementara waktu sebelum mereka diterima sepenuhnya oleh masyarakat.


Beliau berkata, langkah sementara itu adalah penyelesaian terbaik selepas mengambil kira perasaan segelintir wanita yang berasa tidak selamat apabila golongan transgender menggunakan tandas wanita.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, kemudahan itu sering disalahgunakan oleh masyarakat tidak bertanggungjawab, malah turut dijadikan tempat merokok dan stor.

“Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalahgunakan orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.

“Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?” soalnya.

Tambahnya, dia meminta pihak tersebut membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.

“Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah.

“Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami,” ujarnya. – Mstar

Kategori