Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak Pilot QZ8501 Redha...

ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25,...

Peneroka Felda Tetap Setia...

KUALA LUMPUR – Hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda dengan memenangi kerusi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU)  ke-14  adalah  angan-angan semata berikutan...

Pembantu Domestik: Cadangan Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Cadangan Indonesia untuk menaikkan gaji pembantu domestik kepada RM1,200 adalah...

Wanita Terjun Laut, Dihanyutkan...

INDIA – Niat seorang wanita untuk mati bersama-sama dengan ibu bapa dan empat...

Triathlon Wanita Berakhir Di Tempat Ke-12 Dan 16

PALEMBANG – Atlet triatlon negara, Irene Chong See Win dan Teoh Sue Ling mengakhiri saingan acara triatlon wanita masing-masing di tempat ke-12 dan 16 dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di sekitar Bandar Sukan Jakabaring, Palembang, peserta dari Jepun Yuko Takahashi meraih pingat emas apabila mencatat masa terpantas, satu jam 59 minit dan 29 saat selepas melengkapkan tiga disiplin iaitu renang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal (40km) dan berlari (10km).

Pingat perak disambar peserta China Mengying Zhong yang mencatat masa 2:01:16s dan gangsa menjadi milik atlet dari Macau Long Hoi dengan masa 2:01:28s.

Irene pula berjaya menamatkan saingan dalam kelompok pertengahan dengan catatan masa 2:20:59s dan Sue Ling dengan masa 2:29:27s.

Seramai 22 peserta mengambil bahagian dalam acara yang bermula seawal jam 7.30 pagi waktu tempatan itu dan setiap peserta berdepan cabaran getir apabila terpaksa mengharungi cabaran dalam keadaan panas yang suhunya mencecah sehingga 32 darjah celsius.

Irene yang ditemui selepas menamatkan perlumbaan itu berkata aksinya hari ini adalah untuk melawan diri sendiri kerana terpaksa melalui ujian getir sepanjang disiplin larian dan berbasikal di bawah panas terik matahari.


“Perlumbaan hari ini sangat mencabar kerana keadaan cuaca yang panas dan kering dan saya hanya fikir untuk menamatkan perlumbaan dengan secepat mungkin.

“Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan, jadi saya mengambil semangat itu untuk meneruskan larian sekali gus berjaya sehingga ke garisan penamat,” katanya kepada Bernama.

Kem triatlon negara mempunyai dua lagi acara pada esok dan lusa melibatkan acara triatlon lelaki dan relay berpasukan. – BERNAMA

Kategori