Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia...

PETALING JAYA : Orang ramai boleh mengemukakan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mulai...

Himpunan Puak Pemisah Sarawak...

KUCHING - Jika mengambil kira segala macam promosi dan propaganda kumpulan pemisah ini,...

Foot Golf, Gabungan Sukan...

JIKA sebelum ini sukan golf sering kali dikaitkan dengan golongan berpendapatan tinggi dan...

Luluh Hati RM5,000 Dalam...

AMPANG - “Luluh hati saya sebaik mendapati semua wang berjumlah RM5,000 disimpan di...

Trump Dakwa Bekas Peguam Beliau ‘Buat Cerita’

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyelar Michael Cohen, semalam, selepas bekas peguam beliau itu mengheretnya dalam salah laku kewangan kempen dan menuduh beliau ‘membuat cerita’ untuk mendapat hukuman ringan.

Peguam Presiden sejak sekian lama itu memberikan tamparan politik hebat, kelmarin dengan mengaku bersalah terhadap tuduhan jenayah di New York termasuk memberikan sumbangan kempen haram.

Pengakuan itu dilihat menjejaskan reputasi Trump.

Pada masa sama, bekas ketua kempen Trump, Paul Manafort juga didapati bersalah atas tuduhan penipuan cukai dan bank oleh juri di Virginia.

Dalam reaksi pertama terhadap pengakuan Cohen, Trump dalam beberapa muat naik di Twitter berkata, salah laku kewangan kempen bekas peguam beliau itu sebagai ‘bukan jenayah’.


“Michael Cohen mengaku bersalah atas dua tuduhan melanggar peraturan kewangan kempen, ia bukan jenayah. Presiden Obama ada salah laku kewangan kempen besar, namun ia selesai dengan mudah!” kata Trump.

Kempen Obama pada 2008 membayar denda AS$375,000 (RM1.53 juta) denda, pada 2013 untuk menyelesaikan pelanggaran peraturan yang memerlukan sumbangan dilakukan dalam tempoh 20 hari, sebelum pilihan raya dilaporkan dalam tempoh 48 jam. – AFP/BH ONLINE

Kategori