Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Radhi OAG ‘Hangus’ Setengah...

BAHANA dadah....bukan sahaja diri sendiri dan hubungan kekeluargaan terjejas, malah duit simpanan hasil...

276,753 Individu Diisytihar Bankrap...

PUTRAJAYA - Sebanyak 276,753 individu diisytihar bankrap dari 2011 sehingga Disember 2015 membabitkan...

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut...

FLORIDA –Kematian tragik seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertembak dirinya sendiri dengan...

ASEAN Mesti Tegas Hadapi...

SINGAPURA - Bekas Presiden Indonesia Prof Dr Susilo Bambang Yudhoyono menyeru negara anggota...

Trump Nafi Lakukan Kesalahan

WASHINGTON – Presi­den Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertegas kelmarin bahawa beliau tidak me­lakukan apa-apa kesalahan selepas bekas peguamnya mendedahkan bahawa Trump me­ngarahkannya membuat pembayaran haram secara rahsia menjelang pilihan raya Presiden pada 2016.

Bekas peguam Trump, Michael Cohen memberitahu hakim persekutuan pada Selasa lalu bahawa dia membuat pembayaran untuk menutup mulut dua wanita yang mendakwa mereka menjalin hubungan sulit dengan Trump atas permintaan Presiden AS itu.

Kenyataan Cohen itu dibuat pada hari penuh drama dan memeningkan kepala Trump apabila bekas pengurus kempen politiknya, Paul Manafort didapati bersalah atas dakwaan penipuan bank dan cukai.

Perbicaraan tersebut susulan siasatan diketuai pendakwa raya khas, Ro­bert Mueller berhubung campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016.

Bagaimanapun, Trump yakin bahawa beliau akan dapat mengatasi skandal politik terbaharu itu.

Selepas menuduh Cohen sengaja mereka cerita bagi mengurangkan hukuman terhadap dirinya, Trump kemudian mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa tindakan bekas peguamnya itu bukan ‘satu jenayah’, malah menurutnya semasa menghadiri program bual bicara, Fox and Friends, pembayaran tersebut juga tidak menyalahi peraturan kempen pilihan raya.


Dalam wawancara sama, Trump berkata, pembayaran sulit itu dibuat menggunakan wangnya sendiri yang boleh diakses oleh Cohen.

Bayaran itu dibuat kepada bintang filem lucah, Stormy Daniels dan model Playboy, Karen McDougal. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori