Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

HLIB Saran ‘Beli’ TNB...

KUALA LUMPUR - Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) mencadangkan 'beli' Tenaga...

Tunggu Laporan Penuh Kes...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan kini menunggu laporan perubatan penuh dari Hospital Sultan Ismail...

Nak Duit Ke, Nak...

NAMPAKNYA konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan seperti...

Ngeri… ‘Telur’ Tersepit Di...

MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang lelaki berhadapan dengan detik paling ngeri dan memalukan dalam...

Tukang Cat Dipenjara, Curi Beg Pesakit Dalam Wad

KUALA LUMPUR — Seorang tukang cat yang mencuri beg seorang pesakit yang sedang dirawat dalam wad dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Akmal Boon, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri sebuah beg galas mengandungi dompet, buku bank dan buku Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik Nordin Bahak di wad Hospital Kuala Lumpur, di sini pada 4.45 petang, 1 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Lelaki itu turut dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan diri sementara ketika diperiksa pegawai Polis Bantuan di tempat, waktu dan tarikh serupa mengikut Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian.


Ketika rayuan, lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman penjara kerana dia tidak mempunyai keluarga untuk membayar denda.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. — BERNAMA

Kategori