Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Individu ‘Permain’ Ibadah...

KUALA LUMPUR - Polis mengesan dua individu yang disyaki menggunakan alasan hendak mengerjakan...

Pembesar Suara Paling Cool...

KEPADA anda yang berimpian ingin menjadi bintang muzik Rock, anda pasti pernah juga...

Barang Tak Sampai, Netizen...

LAZADA atau nama lainnya Ecart Services Sdn. Bhd. adalah sebuah laman web jualan...

Air Bertukar Merah Gemparkan...

KECOH... Misteri air parit dan longkang di Teluk Gong, Pelabuhan Klang, Selangor bertukar...

Tukang Masak Dipenjara 15 Tahun, Bunuh Tanpa Niat

JOHOR BAHRU – Seorang tukang masak dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh tanpa niat seorang ahli perniagaan, Cheung Zhi Hong, 22, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Yang Gui Zhong, 26, diarahkan menjalani hukuman mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dari tarikh dia ditangkap iaitu 8 Okt 2015.

Yang bersama enam lagi rakan lelakinya iaitu S Rajindran, 36; Loo Wei Beng 27; Lau Koon Ping, 45; Andy Teoh Wet Lum, 25; Leong Chiew Yang, 37, serta Lim Choon Ann, 25, turut dijatuhi hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan mengurung secara salah terhadap mangsa sama.

Mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap semua rakan Yang itu bagi pertuduhan melupuskan bahan bukti terhadap mangsa sama, mengikut Seksyen 365 dan 201 Kanun Keseksaan.

Loo diarahkan menjalani hukumannya secara serentak bermula hari ini manakala Rajandran, Lau, Teoh, Leong dan Lim akan menjalani hukuman mereka bermula pada tarikh mereka ditangkap iaitu 8 Okt 2015.

​​​​​​​Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Yang didakwa melakukan perbuatan menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa di sebuah rumah di Jalan Hang Tuah 3, Taman Ungku Aminah Skudai, antara 3 petang dan 12 tengah malam, 28 Sept 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau denda, jika sabit dengan kesalahan.

Yang bersama enam rakannya turut didakwa menculik mangsa sama dengan niat hendak menyebabkan kurung secara salah di rumah sama pada 10 malam, 27 Sept hingga 12 tengah malam, 28 Sept tahun sama.

Bagi kesalahan itu, keenam-enam mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit dengan kesalahan.


​​​​​​​Selain itu, enam rakan Yang juga dituduh menyembunyikan keterangan dengan jalan membuang mayat mangsa bagi melepaskan diri atau membantu seseorang melepaskan diri daripada hukuman undang-undang.

Mereka didakwa melakukannya di kawasan Stesen Keretapi Lama, Jalan Bukit Impian Skudai, di sini, pada 10 malam hingga 12 tengah malam, 28 Sept 2015.

Kesalahan mereka didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan misteri kehilangan mangsa (Cheung) yang dipercayai diculik terungkai berikutan penemuan mayatnya di dalam hutan di Jalan Bukit Impian, Taman Impian Emas, Skudai.

Identiti Cheung dikenal pasti berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas mayatnya.

Berikutan penemuan itu, lapan individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 28 Sept 2015 atas pertuduhan menculik dan membunuh mangsa.

Bagaimanapun, semua tertuduh kemudian ditawarkan oleh pihak pendakwaan dengan pertuduhan pilihan dan direkodkan mengaku salah atas pertuduhan itu. – BERNAMA

Kategori