Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MH198 Ke Hyderabad Berpatah...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad,...

Wanita Hamil Diserang Kerbau...

YANCHENG (China) - Seorang wanita hamil cedera selepas ditanduk seekor kerbau yang mengamuk...

RAM Ratings Unjur KDNK...

KUALA LUMPUR - RAM Ratings mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pada...

Suami Adira ‘Gentleman’, Komen...

BERITA perkahwinan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Adira yang kini sah menjadi...

Tun M Tayang Kereta Baru ‘Malaysia 2020’

MEGAH… Selepas bangga mampu ada kereta mewah Bufori dengan plat khas Patriot 2020, kini Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal pula tayang kereta baharunya dengan plat istimewa: Malaysia 2020.

Kenderaan Proton Perdana model 2.4 Stretch Limo milik perdana menteri dengan usia paling tua di dunia itu akan membuat kemunculan sulung secara rasminya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya pada Jumaat.

Mahathir, 93, malahan akan menaiki kereta itu ke acara kemuncak sambutan iaitu acara perbarisan dan perarakan di Dataran Putrajaya. Harga kenderaan mewah itu namun tidak pula didedahkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Ia turut cetus persoalan cepumas dalam kalangan netizen tempatan ketika Mahathir selamba menyarankan rakyat perlu berjimat cermat ‘ikat perut’ dan bantu negara konon untuk kurangkan hutang kerajaan yang cecah RM1 trilion.

Sebelum ini netizen dikejutkan dengan kehebatan Mahathir mampu bergaya mewah memiliki Bufori bernilai RM1.6 juta pada Jun lalu dengan ansuran bulanan cecah lebih RM19,000 tetapi plat dibida cuma harga serendah RM250.

Baca: Hebat PM Mampu Bergaya Kereta Mewah RM1.6 Juta

Salah sebuah kereta mewah milik Mahathir dengan plat ada angka 2020. – Gambar hiasan

Terdahulu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi tender terbuka nombor pendaftaran istimewa ‘Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini yang bermula 1 Ogos hingga 15 Ogos lepas.

Ia membabitkan siri ‘Malaysia 1’ hingga ‘Malaysia 9999’. Malangnya plat ‘Malaysia 2020’ pula dikhaskan hanya bagi kegunaan Mahathir sahaja konon sempena dengan angka Wawasan 2020 yang diilhamkan beliau pada 1990 lalu.


Plat siri ‘Malaysia 1’ dibida Aldi International Sdn. Bhd. pada harga RM1,111,111 sekali gus menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah JPJ manakala jumlah keseluruhan siri Malaysia 1 hingga 9999 ialah RM13,167,971.37.

Sebelum ini, rekod nombor pendaftaran kenderaan persendirian paling tinggi pernah dibida ialah menerusi plat Patriot 1 yang ditawarkan oleh Yayasan Patriot Negara dengan nilai bidaan cecah RM1.3 juta pada 30 Jun 2015.

Kemudian negara gempar dengan nombor plat V 1 dan F 1 yang dibida Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri dengan nilai masing-masing sebanyak RM989,000 dan RM836,660 pada 2016. – Agensi/Mynewshub.TV

* Video klip lagu Wawasan 2020 yang pernah dijadikan lagu wajib peserta kem Biro Tata Negara era Mahathir sebagai perdana menteri keempat dahulu….

Kategori