Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: Proses Pengundian...

Johor Bahru : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berjalan lancar...

Remy Ishak Mengaku Alami...

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau...

Raja Afiq Tak Serik...

KISAH hubungan singkat Raja Afiq bersama-sama pelakon Anis Al-Idrus tidak mematahkan semangat aktor...

Putin Hantar Tentera Ke...

Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di Timur Ukraine yang dikuasai...

Tun Mahathir, Berhentilah Mereka Cerita

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada mereka cerita di hadapan pelabur asing, dan mengemukakan bukti kalau benar tuduhannya itu.

Najib menyatakan demikian dalam catatan di Facebook beliau, sebagai menjawab dakwaan serius yang dibuat Mahathir di hadapan para pelabur di China.

Mahathir menuduh kerajaan Barisan Nasional memaksa syarikat China memberi saham syarikat mereka sebanyak 30 peratus kepada individu tertentu.

“Hari ini di China, nada Tun Mahathir bagai berucap di ceramah politik di hadapan ahli perniagaan China dengan menuduh bahawa BN memaksa syarikat China untuk memberi 30 peratus saham syarikat mereka kepada orang tertentu,” kata Najib.

Mahathir kini dalam lawatan ke China sebagai satu usaha diplomasi memulihkan hubungan perdagangan dengan kuasa dunia itu, selepas melancarkan retorik mengkritik China sepanjang kempen pilihan raya lalu.

Najib menerangkan bahawa dua projek infrastruktur di bawah kerajaan BN, ECRL dan saluran petroleum dianugerahkan masing-masing kepada CCCC Ltd dan China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).


Dua syarikat terbabit ialah syarikat gergasi yang dikuasai oleh kerajaan China, dan CPPB dimiliki sepenuhhya oleh China National Petroleum Corporation (CNPC).

“Adakah masuk akal kononnya kerajaan BN meminta 30 peratus saham syarikat-syarikat kerajaan China sebagai sogokan?

“Adakah Tun Mahathir menuduh bahawa syarikat-syarikat gergasi milik kerajaan China bersubahat dengan kerajaan BN untuk melakukan jenayah rasuah?,” soal Najib.

“Tun Mahathir perlu berhenti bercereka dan tunjukkan bukti bahawa tuduhannya adalah benar dan sebagai seorang Perdana Menteri, seharusnya beliau berhenti bermain politik di hadapan pelabur-pelabur luar negara,” tegasnya. – Mynewshub.tv

Kategori