Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Enam Wanita Thailand Ditahan...

ALOR SETAR - Enam wanita rakyat Thailand yang sedang sibuk melayan pelanggan ditahan...

JDT Tak Risau Sekadar...

JOHOR BAHRU - "Tiada apa yang perlu saya risaukan pada perlawanan malam semalam,"...

Isu Kamal Disingkir Daripada...

ENTAH mengapa, sejak kebelakangan ini tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa pelakon Kamal Adli...

Mahu Tebus Kecewa, Aziz...

LAGU Senyum menjadi single pembuka tirai Aziz Harun dalam pembabitannya dalam industri muzik...

Tunggang Motosikal Bawah Pengaruh Alkohol, Pemandu Teksi Didenda

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi hari ini didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol, Jumaat lalu.

Majistret Farah Adlini Mohd Din menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Pathmanathan, 42, selepas dia mengaku bersalah menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol iaitu 194 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah, melebihi had dibenarkan iaitu 80mg.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Loke Yew, di sini pukul 11.15 malam pada 10 Ogos 2018 mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda maksimum RM6,000 serta dipenjara hingga 12 bulan.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Pegawai Pendakwa Trafik Kuala Lumpur Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman setimpal kerana kandungan alkohol dalam darah adalah tinggi. – BERNAMA

Kategori