Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tragedi Tanah Runtuh: Agong...

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar...

‘Ah Beng’ Ini MENANGIS...

Seorang penyelia tapak pembinaan dipenjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Operasi SPRM Tahan Staf...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siri operasi di...

DSV Kecewa Dilabel ‘Desperate’...

TAHNIAH Dato' Seri Vida! Kerana telah berjumpa dengan jejaka bermata kelabu seperti mana...

Umat Islam Di Denmark Laksana Ibadah Korban Secara Wakil

KUALA LUMPUR – Sekali lagi takbir raya sayup-sayup berkumandang di Copenhagen dan untuk kali keempat berturut-turut Fauzan Ahmad, antara ratusan rakyat Malaysia di Denmark, hanya mampu melakukan ibadah korban secara maya (virtual).

Penyelidik dalam bidang gut mikrobiome (mikrob perut) di University Copenhagen berusia 34 tahun ini berkata antara cabaran utama sambutan Aidiladha adalah umat Islam di sini tidak dapat melakukan amalan korban secara ‘zahir’ seperti di Malaysia.

“Di Denmark, undang-undang di sini tidak membenarkan aktiviti penyembelihan haiwan dan kebanyakan daging yang ada di sini diimport dari negara sekitar. Sebagai alternatif, setiap kali sambutan Aidiladha, kami akan menyertai aktiviti korban yang disediakan oleh mana-mana penganjur ibadah itu, yang membolehkan umat Islam melaksanakannya di mana-mana negara.

“Jika tidak, kami akan berjumpa dengan orang yang menjual daging di sini dan beritahunya nak buat korban atau akikah. Melaluinya, lembu atau kambing itu akan disembelih di negara luar di mana kebanyakannya dilakukan di Lithuania dan diagihkan di tempat-tempat tertentu,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Bercerita mengenai harga daging, lulusan PhD yang berasal dari Yan, Kedah ini menjelaskan harganya agak mahal dengan satu kilogram daging bahagian batang pinang berharga sekitar 90dkk (Danish Krone) atau RM60 dalam mata wang Malaysia.

“Sebagai hidangan untuk memeriahkan hari raya korban, daging itu selalunya kami buat satay secara bergotong-royong dan makan beramai-ramai dengan rakyat Malaysia yang lain.


“Kami telah merancang untuk mengunjungi rumah rakan senegara di Lund, Sweden yang terletak kira-kira 70 kilometer dari sini dan berkumpul beramai-ramai. Bila berkumpul nanti, kami akan solat berjemaah dan bertakbir di halaman rumahnya. Sekurang-kurangnya terasa sedikit suasana hari raya itu nanti,” katanya.

Antara hikmah tinggal berjauhan dan menyambut hari kebesaran di tempat orang, Fauzan berkata semangat ukhwah antara ummah bertambah erat terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Kita tahu dan sedar, tinggal di negara asing ini banyak yang perlu dikorbankan. Jadi, ia mengajar kita agar tidak pentingkan diri sendiri kerana kita perlu ‘menjaga’ sesama kita, tak kira Muslim atau tidak kerana kita datang dari satu negara iaitu Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Kategori