Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Usul Iktiraf Kontinjen Olimpik,...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini membentangkan usul...

Tawaran Hasnal Rezua Untuk...

KUANG – Masalah penduduk di Bandar Tasik Puteri (Tasik Puteri) yang lebih kompleks...

Perbicaraan Kes Bunuh Pengasas...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan semula kes seorang bekas pemandu trak tunda yang sebelum...

Erdogan Kecam E-Rokok Burukkan...

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dikenali dengan pendirian tegas antirokok mengecam peningkatan...

UMNO Beri Laluan PAS Sertai PRK Seri Setia

UMNO tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bagi memberi laluan kepada PAS sebagai tanda setiakawan antara kedua-dua parti itu.

Menurut sumber dari pejabat Badan Perhubungan UMNO Selangor, selain itu, keputusan tersebut menunjukkan kesepakatan antara kedua-dua parti untuk terus bongkar pembohongan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Melalui kesepakatan itu termasuk di PRK DUN Sungai Kandis juga dapat beri peluang kepada rakyat untuk hantar mesej kepada kerajaan PH supaya menghentikan pembohongan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.

Sebaliknya kerajaan negeri dan pusat perlu menunaikan segala janji yang mereka luahkan sendiri pada PRU ke-14 lalu sehingga menyebabkan rakyat terpedaya dengan tohmahan PH sehingga ‘hukum’ Barisan Nasional tewas teruk.

Namun menurut sumber itu, kesepakatan tersebut tidak bermakna UMNO dan PAS akan mewujudkan satu pakatan, sebaliknya akan bekerjasama dari semasa ke sesama jika perlu berdasarkan kepentingan rakyat dan demokrasi.

Bagaimanapun sumber dipetik oleh akhbar tempatan itu menjelakan keputusan belum lagi muktamad tetapi akaun sosial Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan hari ini telah beri gambaran kemungkinan ia boleh berlaku.

Menerusi kapsyen disertakan, beliau menulis ada pertemuan ‘tidak rasmi’ Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri dan Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz membicangkan hal PRK tersebut.


Ia melibatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunos Hairi dan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir yang mengalu-alukan keputusan UMNO beri laluan kepada PAS bertanding di Seri Setia.

Pertemuan tidak formal itu di Masjid An-Naim, Jalan Kebun dekat Shah Alam hari ini sempena PRK Sungai Kandis. Kerusi DUN Seri Setia kosong ekoran kematian Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus semalam.

Pada PRU ke-14, Allahyarham yang mewakili PKR menang dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Yusoff M. Haniff; calon PAS, Mohd. Ghazali Daud dan calon bebas, S. Vigneswaran.

DUN Seri Setia mempunyai 52,650 pengundi berdaftar. Ia sekali gus bakal menjadi PRK yang ketiga dilaksanakan selepas PRU ke-14 dan secara kebetulan semua kerusi berkenaan terletak di Selangor. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori