Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rihanna Kecewa Drake Bercinta...

PENYANYI antarabangsa, Rihanna dikatakan tidak senang duduk melihat keintiman bekas kekasihnya, Drake bersama...

3 Lagi Lelaki Ditahan...

KUALA LUMPUR - Tiga lagi individu ditahan di sekitar Johor Bharu bagi membantu...

UMNO Terus Beri Penjelasan...

PADANG BESAR - UMNO akan terus memberi penjelasan mengenai isu-isu sensitif secara tertutup...

Jumlah Hutang Kerajaan RM957.3...

KUALA LUMPUR - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan hingga akhir Julai lalu adalah sebanyak...

UMS Nafi Tutup Kes Rogol Pelajar

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menafikan dakwaan pihaknya cuba menutup satu kes dipercayai kes rogol melibatkan seorang pelajar dikatakan berlaku di sebuah kolej kediaman di universiti itu seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar Akademik (HEPA) UMS, Profesor Dr Ismail Ali berkata tuduhan yang dilemparkan kepada UMS serta dirinya berkenaan kes itu adalah tidak berasas.

“Dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar terutamanya saya dikatakan cuba menutup kes berkenaan. Kalau saya menutup kes itu, bagaimana kes ini boleh dipanjangkan pada pihak polis dan mahkamah?.

“Jadi saya minta kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sejarah, dan Warisan Folklor Nusantara (PASWFN) di UMS, hari ini.

Ismail berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berwajib dan pihaknya menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Pada 12 Ogos lalu, sebuah portal berita mendakwa pihak UMS cuba menutup kes berkenaan manakala sebuah portal berita akhbar tempatan pada 25 Julai lalu pula melaporkan mengenai suspek kes itu yang telah dituduh di mahkamah.

Terdahulu, ketika merasmikan Ismail persidangan itu, Dr Ismail berkata persidangan itu bertujuan menghimpunkan para penyelidik dalam bidang sejarah, warisan dan folklor Nusantara bagi berkongsi pengalaman dan dapatan kajian masing-masing.


Menurutnya kajian mengenai ilmu sejarah, warisan dan folklor perlu diberi perhatian serius disebabkan semua bidang ilmu mencerminkan budaya dan identiti pelbagai penduduk pribumi di rantau ini.

“Dengan kata lain, pertemuan antara pengkaji bidang sejarah, warisan dan folklor Nusantara bagi membentangkan hasil kajian masing-masing dalam PASWFN 2018 merupakan satu sumbangan akademik yang sangat bermakna,” katanya.

Beliau berkata persidangan selama dua hari yang bermula hari ini itu akan membentangkan 90 kertas kerja melibatkan ahli akademik dari institusi pengajian tinggi dari Malaysia, Indonesia dan negara Brunei Darussalam. – BERNAMA

Kategori