Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Lelaki Berambut Hijau Yang...

MASIH ingat dengan saksi berambut hijau yang viral kerana memberi respon terbaik mengenai...

Rentas Negeri Balik Kampung,...

KUALA LUMPUR - Menjelang sambutan Aidilfitri Ahad ini, cubaan merentas negeri atas alasan...

Hamzah Zainuddin Positif COVID-19

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan positif COVID-19 hari...

KPT Serah Kepada Polis...

KANGAR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat...

Undi Peneroka Felda Yang Tidak Dihargai

NASIB warga Felda yang diabaikan belum nampak lagi akan benar-benar dibela oleh Pakatan Harapan.

Mereka yang semakin lewat mendapat wang sara hidup dan ada yang tidak mendapat jumlah penuh mula meradang.

Kemarahan mereka dijawab oleh aktivis Mazlan Aliman dengan video sedih beliau merintih dan menitiskan air mata.

Sudah lebih dua bulan mereka yang pernah terlibat mengajak warga Felda “menjatuhkan Najib” menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.

Pada peringkat awal mereka berkata sudah pergi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kerajaan PH sendiri menuntut penyelesaian segera masalah peneroka.

Akhirnya mereka hilang sabar dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial, itupun mesej mereka tidak tular seperti isu sensasi lain.

Pemimpin dan orang kuat PH tidak setuju dengan tindakan bersuara di media sosial, dan kebanyakan menjawab dengan menggesa peneroka bersabar.

Ada yang kelihatan marah apabila isu yang memalukan kerajaan PH ini dilaporkan di Facebook dan mendesak mereka mengikut saluran untuk menyampaikan aduan.


Sebenarnya isu ini sudah terlalu lama, kerana peneroka sudah tidak mendapat gaji penuh pada masa ditetapkan sejak selepas PH menang dan membentuk kerajaan.

Isu peneroka tidak mendapat gaji ini juga tenggelam oleh berita-berita lain yang jauh lebih sensasi seperti isu berkaitan 1MDB yang didramakan.

Berita sensasi oleh kerajaan PH juga menenggelamkan isu-isu periuk nasi peneroka apabila harga kelapa sawit jatuh menjunam.

Apa yang berlaku selepas PH memerintah dan Barisan Nasional dijatuhkan hanya indah khabar dari rupa.

Terbukti bahawa menjatuhkan kerajaan BN tidak menyelesaikan masalah mereka apabila PH yang berkuasa tidak menghargai undi yang mereka beri. – Mynewshub.tv

Kategori