Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gagal Patuhi Protokol Di...

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan jika ada elemen rasuah berlaku selepas seorang...

Askar AS Di Hawaii...

LOS ANGELES – Seorang anggota tentera berusia 34 tahun, ditahan kerana didakwa cuba...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Ramai Kecewa Jalan Batang...

HULU SELANGOR - Penutupan jalan Batang Kali ke Genting berikutan kerja pembaikan cerun...

Wabak Baru Demam Babi Afrika Ancam China

BEIJING – Kementerian Pertanian China tidak menolak kemungkinan wabak demam babi Afrika baharu bakal tersebar lagi di negara itu tatkala kebimbangan meningkat susulan laporan mengenai penularan penyakit maut di negara pengeluar babi terbesar di dunia.

Menurut kenyataan kementerian di laman webnya, pihaknya belum tahu sejauh mana meluasnya penyakit itu menular selain ramai tidak pasti penyebarannya pada masa depan.

China melaporkan empat wabak deman babi Afrika menular di empat wilayahnya dalam tempoh kurang sebulan menyebabkan tindakan diambil dengan membunuh lebih 25,000 ekor babi, sekali gus menunjukkan bukan mudah unntuk menangani penyakit mudah berjangkit itu.

Kementerian itu juga menekankan, virus penyakit berkenaan dikesan merebak di negara jiran China untuk tempoh jangka masa lama dan risiko penularan sangat besar.

Tanda-tanda wabak penyakit itu di China adalah sama seperti yang melanda Russia, Georgia dan Estonia sejak sedekad lalu, menimbulkan kemungkinan ia merentasi sempadan dari Russia.


Walau bagaimanapun, Beijing sehingga ini belum lagi menyatakan bagaimana virus itu boleh sampai di China.

Beijing meminta pegawai tempatan menghentikan penghantaran babi hidup dari kawasan-kawasan berisiko tinggi selain mengetatkan pemantauan penghantaran babi itu, kata kementerian berkenaan. – Reuters/myMetro Online

Kategori