Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

BNM Nafi Wang Kertas...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menafikan dakwaan bahawa wang...

Kurangkan Jangkitan Dalam Masyarakat,...

KUALA LUMPUR - Penularan dan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat akan memberi peluang kepada...

18 Lelaki Didakwa Anggotai...

KUALA LUMPUR - Seramai 18 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas...

Jalur Gemilang Terbalik: “Kenyataan...

IPOH - Naib Pengerusi DAP negeri, Dr. Abdul Aziz Bari mendakwa kenyataan beliau...

Sedih Kes Kecuaian Penjagaan Kanak-Kanak Berulang

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menzahirkan kesedihan ekoran berlaku lagi kes kecuaian penjagaan kanak-kanak biarpun pelbagai langkah dan nasihat diberikan sebelum ini.

“Saya rasa sedih ia masih lagi berlaku. Macam tidak ada kesudahan walaupun kita mengambil langkah-langkah untuk mencegah dan menanganinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang kritikal dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) akibat pendarahan dalam otak dan mata selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di sini, Isnin lepas.

Ibu bayi berkenaan, Zura Emilia Mokhtar, 26, berkata, Muhammad Ummar Zayyan Muhammad Haikal Hafiz, mula dihantar ke rumah pengasuh yang dikenali melalui laman Facebook itu kira-kira seminggu sebelum kejadian.

Pengasuh itu dilapor telah direman polis mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ibu bapa seharusnya mengambil kira aspek dan kriteria kelayakan seseorang pengasuh khasnya kepada yang mempunyai latihan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini menimpa anak mereka.


“Ibu bapa mestilah memilih dan mengetahui tempat pengasuhan itu mempunyai aspek yang sepatutnya untuk keselamatan anak.

“Namun saya tahu ada kekangannya seperti masalah pengangkutan, kerja dan rumah pengasuh jauh dan ini mesti diambil kira,” katanya.

Dr Wan Azizah turut mengesyorkan kepada ibu bapa supaya mengambil pengasuh yang berdaftar dengan kementerian atau pihak berwajib selain tidak mempunyai rekod jenayah berkaitan kanak-kanak. – BERNAMA

Kategori