Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan...

Rayuan Jawatankuasa Bertindak Kuil...

PUTRAJAYA - Prosiding pendengaran tiga perkara di Mahkamah Rayuan berkaitan permohonan Jawatankuasa Bertindak...

Pelakon Nadya Rupanya Dah...

PELAKON berhijab yang sering membawakan watak antagonis, Nadya Syahera Rosli telah pun selamat...

18 Wakil Rakyat PAS,...

KUALA LUMPUR - Sekiranya apa-apa berlaku berhubung tampuk pimpinan negara, kesemua 18 ahli...

Wan Azizah Tidak Akan Lepaskan Jawatan Dalam Kabinet

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kabinet serta sebagai Anggota Parlimen Pandan, bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, beliau akan mengekalkan semua jawatan yang digalasnya walaupun Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Memang tidak (lepaskan jawatan). InsyaAllah (akan kekalkan semua jawatan termasuk sebagai Anggota Parlimen Pandan), ” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata keputusan sama ada Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen akan ditentukan kemudian.

Semalam, Anwar secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR selepas tiada individu lain menghantar borang pencalonan untuk mencabar beliau pada pemilihan PKR 2018. – BERNAMA

Kategori