Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Myanmar Bumi Perang: Kini...

BUKAN kejutan kalau krisis Rakhine akan berkembang menjadi perang etnik dan Myanmar akan...

RUU Majlis Media Akan...

PARLIMEN l Kerajaan bercadang untuk memasukkan mekanisme aduan dalam draf rang undang-undang (RUU)...

Video: Memalukan… Wanita Mencuri...

SATU video yang dimuat naik menerusi sebuah page di laman Facebook iaitu Kamek...

‘Undangan Kahwin Dengan Azwan...

BARU-BARU ini, tersebar satu gambar lucu di media sosial yang memaparkan 'kad undangan...

Wang GST Tu Bukan Hilang, Tapi Istilah Dirompak Itu Sangat Mengelirukan

PANDAI Guan Eng gunakan istilah merompak untuk menceritakan RM18 bilion wang GST yang kononnya patut dipulangkan kembali kepada syarikat tidak dibuat.

Bila istilah merompak maka nampak macam duit itu dibawa lari.

Portal-portal mahacai dengan pantas menggunakan istilah itu dan ditambah dengan ayat-ayat seperti ‘To be spent freely’.

Nampak macam jahat sangat kan? Macam RM18 bilion tu bawak simpan kat rumah-rumah pemimpin atau dibawak berjoli.

Isunya wang berkenaan kononnya patut masuk dalam tabung amanah tetapi dimasukkan ke tabung pembangunan.

Wang itu tidak dirompak. Wang itu telah diaudit dengan baik dan ada rekodnya.

Bila masuk tabung pembangunan bermakna wang itu dibelanjakan untuk negara dan pembangunan negara.

Bukan dirompak dibawak lari atau dibelanjakan sesuka hati atau berjoli.

Cara Guan Eng dan media pro mereka gambarkan dan perkataan yang dipilih, macam berlaku rompakan besar-besaran.

Tidak…cuma kenapa wang berkenaan tidak dipulangkan dan isunya mengapa dimasukan ke Tabung Pembangunan.

Rasanya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin faham permainan kotor Guan Eng.

Sebab itu beliau buat laporan atas pentadbiran Kementerian Kewangan sebelum ini.

Mengapa bukan Guan Eng yang buat laporan?

Sebab apa yang nak dilaporkan?

Wang itu bukannya hilang, jauh sekali dirompak.

Guan Eng memilih perkataan yang besar dan kasar sedangkan hakikat apa yang berlaku, lebih pada menguntungkan rakyat sebenarnya.


Semalam, ketika perbahasan sedang hangat, para pegawai yang bertugas di Parlimen telah menyampaikan jawapan bertulis kepada isu itu.

Rasanya Guan Eng tak baca pun kerana seperti biasa dia akan buat mengamuk lebih tanpa ada bukti.

Ah Beng ni dah terkenal sebagai dakwa dulu baru siasat..emosi dulu baru buat muka tembok.

Untuk pengetahuan, cuba tanya mana-mana company secretery atau auditor, adakalanya bila kita bayar GST, orang akaun sesuatu syarikat tu dah siap minus beberapa perkara ketika membuat pembayaran, menyebabkan jumlah GST yang dibayar lebih rendah dari sepatutnya.

Bila buat camtu, kita tak perlu buat atau tunggu refund.

Bila dah siap minus, makna company berkenaan sudah tidak perlu memohon refund.

Itu antara punca mengapa jabatan Kastam tidak perlu membayar balik.

Namun, mesti ada sebab-sebab yang lain.

Tanyalah dulu dengan Jabatan Kastam mengapa wang itu dipindahkan ke tabung pembangunan dan tidak dipulangkan.

Bukan buat-buat emosi dan terus menjerit-jerit wang itu dirompak.

Ayat dirompak itu sangat mengelirukan sedangkan penjelasan sebenar belum lagi didengari pada pihak kastam.

Ia tidak dipulangkan sahaja, bukan dibawa lari, duit berkenaan dapat dikesan dengan mudah di mana ia berada dan bagaimana ia dibelanjakan untuk negara.

Sebut la tidak dipulangkan balik kepada syarikat, bukannya kata dirompak…jauh sangat beza tu GuanEng Ah Beng oiii…..MYNEWSHUB.TV

Kategori