Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Disangka Urat, Rupanya Cacing...

MENAKUTKAN... Seorang lelaki di China terkejut dan tidak menyangka 'urat’ pada kakinya itu...

Azwan Kombos Akui Masih...

SIAPA yang dapat melupakan 'drama' putus cinta yang berlaku antara pelakon Azwan Kombos...

Haram Guna UC Untuk...

Hukum melakukan proses tikaman dengan cara membuka peti-peti (crates) menggunakan duit UC yang dibeli dengan wang ringgit adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian yang dilarang dalam agama kerana mempunyai elemen zero-sum game; iaitu bergantung kepada nasib (luck) semata-mata. Di samping itu, menafikan hak pembeli untuk membeli apa yang dihajati.

Inti Pati Utama RMK11...

KUALA LUMPUR - Berikut intipati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 yang dibentangkan Perdana...

Wanita Mabuk & Lelaki Pamer Nombor Plat Palsu Didenda

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol semasa ditahan dalam sekatan jalan raya oleh anggota polis, seorang jurujual minuman keras didenda RM5,500 atau penjara lima bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Chin Nyee Ting, 30, didakwa memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru, nombor pendaftaran VA 6698 di bawah pengaruh alkohol di dalam badan sebanyak 288 miligram (mg)/100 militer (ml) darah iaitu 208 mg lebih daripada had yang ditetapkan, 80 mg/100 ml darah di Jalan Klang Lama di sini pada pukul 3.50 pagi, 6 Februari lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Nyee Ting yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan dia telah insaf manakala Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Di mahkamah sama, seorang pekerja di sebuah syarikat swasta didenda RM5,500 atau penjara lima bulan setelah mengaku bersalah atas kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu dengan menampal pelekat hitam pada huruf dan nombor pendaftaran asal, dua bulan lalu.

Low Kin Fei, 36, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran PL 2 pada kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Outlander yang dipandunya di Plaza Tol Jalan Duta di sini pada pukul 12.45 tengah malam, 13 Jun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.


Terdahulu, Kin Fei yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi bagaimanapun Abdullah memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Mengikut fakta kes, Kin Fei dengan sengaja menampal pelekat hitam di atas nombor pendaftaran W dan 086 di hadapan kenderaannya manakala dia mempamerkan nombor pendaftaran PL 2 di bahagian belakang kenderaan yang mana nombor tersebut didaftarkan pada sebuah kereta jenis Honda City.

Semakan lanjut mendapati kenderaan tersebut didaftarkan atas nombor WPL 2086.

Majistret Farah Adlini Mohd. Din membebaskan Nyee Ting dan Kin Fei selepas kedua-duanya membayar denda. – UTUSAN ONLINE

Kategori