Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Belgium Kekal Pasukan Terbaik...

BRUSSEL - Belgium terus berjaya mengungguli ranking Persekutuan Bola Sepak Sedunia (FIFA) sebagai...

Daftar Pemilih PRN Johor...

JOHOR BAHRU : Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Tol: MCA Dakwa PH...

KUALA LUMPUR – Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Pelajar SPM Tersepit Kaki...

Kisah ini pastinya menjadi pengajaran buat pembonceng motosikal khususnya wanita supaya menjadi lebih...

Wanita Maut, Suami Kritikal Dalam Insiden Tembakan

YANGON – Seorang wanita berusia 40 tahun terbunuh dalam satu insiden tembakan di Mandalay, bandar kedua terbesar di utara Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.

Agensi Berita Myanmar melaporkan bahawa dalam insiden itu, seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal, cuba meragut beg tangan mangsa, Ma Huo Lao Peng, yang membonceng motosikal suaminya di perbandaran Chanmyathazi pada Isnin.

Menurut saksi, suspek telah melepaskan tiga tembakan ke arah pasangan itu yang terkena Ma di bahagian kepala menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, U Li Swam, cedera di bahagian dada.

Dia kemudian telah dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Penduduk tempatan dan polis kemudian memberkas suspek dan telah merampas sebuah motosikal, sepucuk pistol, 22 butir peluru, dua kartrij serta satu kelongsong peluru.


Suspek dikenal pasti sebagai Khun Kaw Lar dari perbandaran Kyautalongyi, yang terletak di selatan negeri Shan.

Polis berkata motif serangan masih disiasat dan satu kes jenayah telah dibuka terhadap lelaki itu. – BERNAMA

Kategori