Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sokong Belanjawan 2021 Demi...

KUALA LUMPUR - Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat dasar yang berakhir hari...

Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan...

BANGKOK - Kementerian Kesihatan Awam Thailand menawarkan pemeriksaan Hepatitis secara percuma di hospital...

UniSZA Bantu Tingkat Tahap...

KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Penataran Ilmu (PPI)...

Warga Singapura Ada Saman...

SHAH ALAM - Warga Singapura yang mempunyai saman tertunggak dan saman berstatus waran...

Warga Emas Ditemukan Mati Dipercayai Terjatuh Dari Pokok Petai

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Tebrau, di sini malam tadi, dipercayai akibat terjatuh dari pokok petai.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata mayat Ibrahim Abd Rahman, 70, itu ditemui anak saudara lelakinya kira-kira 9.02 malam.

Menurutnya, sebelum itu, anak saudara Ibrahim bersama saudara mara yang lain telah pergi ke rumah warga emas terbabit di Jalan Cempaka, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri di sini, setelah menyedari Ibrahim sudah lama tidak keluar dari rumah.

Bagaimanapun ketika sedang memeriksa keadaan sekeliling rumah untuk mencari Ibrahim, mereka terhidu sesuatu lantas memeriksa lebih lanjut sebelum anak saudaranya menjumpai mayat Ibrahim di dalam sebuah longkang.

“Dari siasatan awal didapati Ibrahim terjatuh dari pokok petai yang berada di belakang rumahnya. Selipar milik Ibrahim terdapat pada pangkal pokok petai yang dipanjat. Terdapat juga kesan dahan patah dan galah yang disandarkan pada pokok petai tersebut.

“Ketinggian antara pokok petai dengan longkang (tempat Ibrahim ditemui) pula lebih kurang 15 meter kerana ia (pokok) hanya di tepi tebing dan tiada unsur jenayah ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Shahrurinain berkata Ibrahim yang merupakan seorang duda dan tinggal bersendirian di rumah tersebut difahamkan sering memanjat pokok petai itu untuk dijual sebagai punca pendapatan.

Katanya, Ibrahim juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan penduduk di kawasan kejiranan kerana merupakan seorang yang pendiam.

Kali terakhir Ibrahim berjumpa anak saudaranya itu ialah pada petang Selasa lepas (7 Ogos) di hadapan rumahnya sendiri.

Mayat Ibrahim dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori