Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jambatan Sungai Bentong Ditutup...

BENTONG - Jambatan Sungai Bentong di sini di tutup sementara bagi semua kenderaan...

Pejabat Hal Ehwal Luar...

LONDON - Pejabat Hal Ehwal Luar Britain di sini kini berjaya menggajikan 'pekerja'...

Thailand Tempah Slot Ke...

KUALA LUMPUR - Juara tiga kali, Thailand menempah slot ke final Piala AFF...

Enam Tuntutan Kepada Syarikat...

PETALING JAYA - Hampir 100 penghantar makanan hadir menyerahkan memorandum mengandungi enam tuntutan...

Waris Namakan Anak Kedua Tihani Izz Nina

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Waris, 29, memilih nama Tihani Izz Nina untuk anak perempuannya yang dilahirkan pada 2 Ogos lalu.

Berkongsi berita mengenai kelahiran puterinya itu di laman sosial Instagram, beberapa jam lalu, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, turut memberitahu, bayi berkenaan dilahirkan isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin, 29, di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Anak kedua penyanyi yang ditampilkan dalam lagu dendangan Wani, Pendusta Cinta, itu dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram (kg).

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada Selasa minggu lalu secara normal tanpa sebarang komplikasi. Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan.

“Kami bersetuju untuk memilih nama Tihani Izz Nina untuk si kecil, yang juga pilihan isteri saya. Semoga dia membesar seindah namanya juga.


“Ketika ini, anak lelaki saya nampaknya menjadi lebih manja dengan saya, mungkin kerana dia baru saja mendapat adik. Begitupun, dia juga sering dilihat mencium adiknya setiap hari,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi itu, yang semakin popular dengan lagu Terbaik Bossku, dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2015. Mereka menyambut kelahiran anak pertama, Mudassir, pada September 2016. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • waris

Kategori