Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Guru Kanak-Kanak Khas Ada...

SEORANG guru pendidikan khas, Chris Ulmer mempunyai cara tersendiri untuk mengajar murid-muridnya iaitu...

1MDB Bukan Perhatian Utama...

WASHINGTON DC – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Bela Nasib Bekas Tentera.....

ALOR SETAR - Bagi memudahkan masalah dan keluhan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia...

Bina Reban Terapung Ikhtiar...

KEMAMAN – Pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan penternak bagi menyelamatkan haiwan ternakan mereka...

Wong Janji Tingkatkan Infrastruktur Di Balakong

KUALA LUMPUR — Usaha menyelesaikan masalah infrastruktur ialah antara tumpuan calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki jika terpilih menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, 8 Sept ini.

Wong, 32, berkata ini akan dibuat melalui jalinan kerjasama antara wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Setiap kawasan mempunyai permasalahan masing-masing dan isu utama yang dihadapi di sekitar Balakong ialah kemudahan infrastruktur seperti jalan rosak dan fasiliti tidak mencukupi,” kata beliau kepada pemberita selepas menyantuni penduduk dengan menyampaikan Jalur Gemilang di sini hari ini.

Wong berkata beliau juga mahu menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan warga Balakong tidak kira kaum bagi mengeratkan keharmonian sesama mereka.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng, dalam nahas jalan raya, 20 Julai lepas. — BERNAMA

Kategori